Isnin, 13 April 2015

KEPUTIHAN KETIKA HAMIL

Tajuk ni memang popular di kalangan ibu2 yg sedang hamil..nak tahu anda sedang mengalami keputihan??



sebelum itu, LELEHAN FARAJ YANG LEBIH BANYAK daripada biasa adalah normal bagi wanita hamil. lelehan yang sihat bersifat CAIR dan berwarna seperti SUSU.

Tetapi jika anda mengalami keputihan seperti :
  1. Lelehan itu menjadi pekat, berwarna putih seperti krim atau keju kotej
  2. Terdapat kegatalan, sakit atau warna kemerah-merahan di dalam atau sekeliling faraj atau  punggung anda
  3. Sakit bila bersama suami
  4. Sakit apabila membuang air kecil.


Tertanya-tanya kenapa anda boleh mengalami keputihan??
 
Jangkitan pada bahagian faraj agak biasa berlaku semasa hamil. Keputihan diakibatkan oleh kulat mikroskopik atau yis yang dipanggil candida albicans.

Kulat ini ada dalam badan setiap orang. Ia merupakan sebahagian daripada sistem penghadaman kita dan secara umumnya, bakteria dalam badan mengawalnya. Biasanya ia hidup dalam faraj tanpa memudaratkan dan anda mungkin tidak tahu ia berada dalam badan anda.

Namun ia menjadi satu masalah apabila terdapat ketidakseimbangan di antara jumlah kulat yis dan mikro-organisme lain dalam badan kita. Anda lebih berkemungkinan mengalami keputihan jika:

  • Anda hamil. Semasa hamil, faraj kita mengandungi gula yang tinggi yang dipanggil glikogen, dan ini menggalakkan pertumbuhan kulat.
  • Anda memakai pakaian yang ketat atau yang diperbuat daripada bahan sintetik, seperti seluar jeans atau seluar dalam daripada nilon. Pakaian seperti ini panas dan menghalang peredaran angin, lantas menggalakkan pertumbuhan keputihan.
  • Anda menggunakan mandian buih berwangian atau pelapik seluar dalam beraroma yang mungkin menyebabkan ketidakselesaan.
  • Anda mengambil antibiotik. Antibiotik boleh mengganggu keseimbangan di antara mikro-organisme baik dan jahat yang tinggal di dalam perut anda.
  • Anda mengalami kencing manis atau diabetis gestasi yang tidak dikawal dengan baik.

Walaupun keputihan tidak dikategorikan sebagai penyakit yang berjangkit melalui hubungan seksual, anda boleh mengalaminya jika suami anda mengalaminya.

PETUA TRADISIONAL UNTUK RAWATAN KEPUTIHAN : (petua dari mak saya)
  • Rebus beberapa helai daun sirih dan biarkan suam2 selepas itu basuhlah miss v anda.
  • Letak kan garam ke dalam air yang suam2 selepas itu boleh digunakan untuk membasuh miss v 
  • Banyakkan makan BAWANG PUTIH, campurkan dalam masakan pun boleh. 
SELAIN ITU.....
  • Pakai seluar dalam kapas, seluar panjang longgar atau kain
  • jangan berendam dalam mandian panas terlalu lama kerani ini menyediakan persekitaran yang hangat dan lembap yang sangat sesuai untuk pembiakan kulat. jangan gunakan mandian buih yang mempunyai wangian juga.
  • Lap punggung hingga ke bahagian hadapan sehingga benar-benar kering selepas anda ke tandas
  • pastikan faraj anda tidak kering sebelum bersama suami.

Adakah keputihan akan membahayakan bayi saya?

Tidak. Bayi anda selamat dan terlindung di dalam uterus (rahim) anda dan tidak terjejas sama sekali. Jika anda mengalami jangkitan semasa anda sakit bersalin ada sedikit kemungkinan yang bayi anda akan dijangkiti apabila dia melalui faraj anda ketika keluar daripada rahim.

Jika bayi anda yang baru lahir mengalami keputihan, anda akan melihat tompokan putih di mulutnya. Jika andamenyusu badan,  kedua-dua ibu dan bayi memerlukan rawatan kerana keputihan ini boleh merebak ke payudara anda juga.

Anda mungkin dapati keputihan datang dan pergi sepanjang kehamilan. Walaupun ia mengambil masa untuk dihapuskan dan agak tidak menyelesakan, ia bukanlah sesuatu yang perlu dirisaukan sangat.


sumber:babycenter

 Ni testimoni sahabat saya sendiri amalkan GARLIC.. dia biarkan keputihan tu sampaikan kegatalan dan lelehannya banyak.. xtahan menanggung kegatalan dan kepedihan akibat keputihan... dia whatsApp sy nak cuba GARLIC ni hasilnya... Alhamdulillah... dah xda.. sy gembira sgt2 dia pun lg lah gembira... hehehehe

 cadangan bagi yang tak boleh makan bawang putih.. amalkan tablet garlic 2biji sehari selepas sarapan @ malam pun boleh..


pertanyaan dan berminat please contact me boleh SMS/WHATSAPP.. 013-8845618 (HARTATI)
Facebook : Hartati bt lahadi
SID:1172518 HARTATI(kalau stokis berdekatan anda boleh guna ID saya untuk beli produk tu yer)
nak beli online pun boleh, klik esel sebelah kanan atas ATAU klik ORDER d bawah ni... 
 
https://shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=bc2a6d0560ca625e58ccb534b54a3435
 
ALWAYS SAFE, ALWAYS WORKS, ALWAYS GREEN... 


*produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati atau mencegah sebarang penyakit 
*This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases

PROMOSI VIVIX