Rabu, 27 Mei 2015

PENGASAS SHAKLEE

Dr. Forrest C Shaklee mengasaskan Shaklee Corporation pada tahun 1956 dengan kesedaran bahawa sains dan alam semulajdi mampu digabungkan menjadi penawar terbaik untuk kesihatan manusia, antara Falsafah penting yang beliau pegang ialah LIVING IN HARMONY WITH NATURE.

Sejarah SHAKLEE
Pengasas Shaklee : Dr. Forrest C Shaklee
Berpegang kepada prinsip di atas, Dr Shaklee telah mengasaskan produk duplment semulajadi dan pencuci terbaik yang mesra alam sekitar. Produk-produk ini menjadi asas kepada pembentukan syarikat Shaklee dengan konsep "Mencipta kehidupan yang Lebih Baik"

Sejarah Dr. Forest Clell Shaklee
Dr. Forrest Clell Shaklee dilahirkan pada bulan November di Carlisle, Iowa. Sewaktu kecil beliau dilahirkan, beliau disahkan menghidap penyakit Tuberculosis (batuk kering). Doktor kemudian meramalkan beliau hanya boleh hidup sehingga berumur 8 tahun.

Disebabkan penyakit beliau, keluarganya membuat keputusan untuk berpindah dari Carlisle (kawsan lombong arang batu) ke utarta Iowa kerana percaya rawatan terbaik untuk batuk kering adalah udara yang bersih dan segar serta rehat yang mencukupi.

Zaman kanak-kanak beliau banyak dihabiskan dengan berehat dan memerhati alam sekitar. apabila beliau sudah meningkat remaja, doktor berpuas hati dengan kesihatan beliau dan mengatakan penyakit Tuberculosis beliau adalah terkawal. Walaubagaimanapun, beliau tetap tidak sesihat dan secergas remaja lain yang seusia dengannya.

Bermula sebagai seorang CHIROPRACTIC PRACTITIONER

Forrest Shaklee banyak menghabiskan masa membaca tulisan dan falsafah Bernarr MacFadden dalam majalah "Physical Magazine" yang mengatakan dadah (ubat) hanyalah menutup simpton, tanpa mengubati penyakit. Beliau tahu berdasarkan pemerhatianbeliau terhadap alam sekitar, manusia boleh dirawat dengan kaedah semulajadi. Ini menyebabkan beliau sangat berminat Science of Chiropracticare.

Frrest Shaklee kemudiannya mendaftar masuk ke Pelmer School of Chiroprctic yang diketuai oleh B.J. Palmer. Walaupun beliau mengagumi Palmer, beliau kurang bersetuju dengan pendapat Palmer yang merasakan Chiropractic adalah satu0satunya rawatan untuk penyakit fizikal. Beliau percaya perlunya ada sistem yang lebih menyeluruh untuk memelihara kesihatan badan.

Langkah pertama sebagai Nutritionist

Produk pertama Shaklee
Sewaktu menajdi seorang Chiropractic practitioner, minat beliau terhadap nutrisi bertambah. beliau banyak membaca tentang biochemist dan kajian-kajian santifik terbaru tentang kepentingan nutrisi. Pada tahun 1915, beliau telah berjaya mencipta suplmnt pertama dunia dalam bentuk makanan yang beliau namakan "vitalized mineral" yang sekarang dikenali sebagai vitalea.


Pada tahun 1917, beliau berpindah ke Fort Dodge, Iowa an membuka sebuah pusat rawatan alternatif yang mempunyai 15 katil pesakit dan 32 bilik rawatan. Pusat rawatan tersebut bukan saja terdiri daripada Chiropractors, malah Osteopaths, Internist dan juga pakar bedah. Pesakit-pesakit di pusat rawatan tersebut akan diberikan diet yang kaya dengan vitamin sebagai salah satu usaha penyembuhan. pusat rawatan beliau akhirnya semakin hari semakin maju.

Dr. Shaklee diuji dengan kanser
Disamping menguruskan pusat rawatan beliau, shaklee juga menghabiskan banyka masa untuk mempelajari bidang baru pada waktu tersebut, iaitu X-Ray diagnosis. pada waktu tersebut, bahaya pendedahan terhadap sinaran X masih belum diketahui. Pda 1921, beliau merasa bimbang dengan kesakita yang beliau alami dipinggul kanan dan bahu kiri.

Shaklee akhirnya berjumpa dengan seorang pakar kanser di Chicago yang mengesahkan sakit tersebut berpunca dari kanser. Pakar tersebut percaya sel kanser tersebut boleh disekat sekiranya lengan kiri dan kaki beliau dipotong (amputated). Forrest Shaklee mendapatkan pandangan kedua dari Mayo Clinicdi Rochester yang juga mengesahkan beliau menghidap kanser.

Pada waktu tersebut, kerjaya baliau sebagai seorang doktor muda sedang melonjak naik. Beliau juga mempunyai seorang isteri yang mengandung dan seorang anak. Beliau tidak dapat menerima keputusan bahawa beliau terpaksa dikudungkan. Beliau memberitahu isterinya "saya akan hidup saya akan sembuh saya pasti boleh melakukannya". Beliau percaya beliau boleh bergantung dengan kuasa penyembuhan secara semulajadi.

Dr Shaklee melawan kanser secara semulajadi
Selepas beberapa minggu, beliau menjual pusat rawatan dan memulakan rawatan intensif dengan nutrisi, membuat analisa darah secara kerap dan juga berpuasa. Beliau hanya makan buah dan sayur yang segar serta mengambil suplmnt dalam kuantiti yang tinggi.

Pada mulanya kanser beliau tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda positif penyembuhan namun beliau tidak berputus asa. Beliau percaya penyembuhan sekiranya beliau terus berfikiran positif dan juga mengambil nutrisi yang lengkap untuk badan beliau.

Pada penghujung 1922, Kanser beliau semakin sembuh. Kesihatan dan tenaga beliau juga semakin pulih. Beliau masih hidup. Ini menyebabkan beliau semakin yakin bahawa pendapat beliau tentang nutrisi adalah benar. Sel-sel dalam badan beliau telah berjaya mengalahkan sel kanser. Beliau jugak percaya bahawa nutrisi yang bagus boleh membantu orang lain untuk sihat.

PROMOSI VIVIX