Isnin, 29 Ogos 2016

Pelangi yang indah selepas hujan, ribut...


Hari ni duk rumah mak bapak sehari.. bila bapak ke bandar saya duk ngan anak-anak dan mak..

Mak dia semakin di mamah usia.. dulu dia bekerja keras untuk kami menyiapkan segala keperluan kami...ingat lagi dulu-dulu mak suka ikatkan rambut kami, saya anak sulung selalu mak ikatkan dua dan di tocang pulak tu.. dan rambut saya jadilah macam buah anggur.. hihi..lucu kan..

Tadi bapak kata mak tak berapa sihat..uluhati sakit katanya.. mengingatkan aku pulak masa kami kecik-kecil dulu.. saya berumur 15 tahun
Masa tu mak sakit.. sakit 'misteri' ntah berapa byak usaha bapak untuk mengubati mak.. dari ubat moden sampailah ubat tradisonal..semua tak berkesan.. saya orang yang paling terkesan.. setiap kali dah berubat dan ada perubahan positif...sayalah orang yang paling gembira... huhuhu.. tapi tak jugak sembuh.. mak suka diam, mengelamun kadang-kadang marah-marah, kadang-kadang mak jadi lemah.. Allahuakbar.. sedihnya masa tu..

Saya seorang kakak yang terpaksa memikul tanggungjawab menjaga adik-adik 12-3tahun masih kecik-kecik lagi..,tak mengerti apa-apa.. bapak terpaksa keluar bekerja dengan membawa bas mini sumber mata pencarian kami dulu..

Bila mak dah mula nak larikan diri.. meracau, adik duk tunggu lagi di simpang kalau-kalau bapak ada lalu.. nak bagi tau mak sakit meracau nak lari.. maklumlah dulu-dulu tak ada lagi telefon...itu,sahaja kaedah kami..

Pernah pada waktu maghrib mak lemah sangat-sangat... kami adik beradik nangis ditepi mak.. mak pesan "jaga adik-adik" sedihnya.. tak tahu nak buat apa.. dia nak air nak wudhu.. kami bawakan air..
Pastu bapak datang dari kerja terus angkat mak bawa ke seorang ustaz.. ruapanya mak memang macam tu lemah pada waktu maghrib.. Allahuakbar.. dalam perjalanan nak ke sana mak mengamuk nak terjun dari kereta tu..

Panjang sebenarnya kisah ni kalau nak diceritakan..mak sembuh masa bulan ramadhan..dia bangun subuh masakkan kami sahur.. saya dari bilik intip(ada lubang dari bilik kami) siapa duk bising-bising di,dapur..rupanya mak.. alhamdulillah... gembira tak terkata-kata..

Alhamdulillah..disebalik ujian itu..rupanya Allah ingin bagi keceriaan, kesenangan dan rezeki kepada kami.. kami adik beradik masing- masing ada ijazah.. kecuali adik lelaki diploma jurupulih cara kerja..dan adik bongsu masih study di mara sandakan.. oh ya kami ada 7 org adik beradik 5perempuan 2lelaki

Saya diploma kej. Awam& ijazah sarjana muda pengurusan teknologi ( pembinaan) (politeknik kuching & UTHM)

Ijazah sarjana muda ekonomi & ijazah sarjana Pendidikan,ekonomi (UM&UPSI)

Diploma farmasi & ijazah pendidikan kimia (UITM)

Ijazah sarjana muda pendidikan  (matematik) (MAKTAB KENINGAU)

Diploma jurupulih perubatan cara kerja

Tahun 3 ijazah perubatan (UMS)

Tingkatan 4 MRSM sandakan

Alhamdulillah.. semoga Allah beri kami kejayaan di dunia dan akhirat... amiin..

Sayangilah ibu dan bapa kita..

Saya cerita ni bukan nak tunjuk riak yang kami ni berpelajaran..tapi nak yang baca ambik pengajaran..setiap yang berlaku,ada hikmahnya.. Allah tahu kita mampu..

Bapak orang tak pernah putus asa dan putus semangat.. usaha sentiasa ada..pemikirannya memang bijak..

Kepada yang suka bercakap kasar kepada ibu bapa, herdik mereka, tak hormat.. cuba ingat balik masa kita kecik-kecik dulu apa moment yang indah.. InsyaAllah terbukala hati untuk mintak ampun pada ibu bapa,  ibu bapa tak ada namanya gelaran bekas ibu bapa.. ia kekal sampai bila-bila IBU BAPA kita..

PROMOSI VIVIX