Isnin, 1 Jun 2015

Sakit GOUT

Gout adalah seranagan rasa sakit yang teruk secara tiba-tiba, berserta dengan bengkakan pada sendi, terutama pada Ibu Jari Kaki.

Lelaki lebih cenderung untuk mendapatkan gout, tetapi wanita lebih mudah mendapat gout selepas mengalami Menopaus.

Pesakit akan bangun pada tengah-tengah malam dengan rasa yang kaki mereka berdenyut-denyut.

Bagaimana Gout berlaku??? 
Gout berlaku apabila "Kristal Urate" berkumpul di dalam ruang sendi, menyebabkan keradangan dan kesakitan yang teramat sangat. "Kristal urate" boleh terbentuk apabila seorang individu mempunyai kandungan asid uric yang tinggi dalam darah.

Tubuh kita selalunya menghasilkan asid urik apabila menghadamkan amino asod purines yang terdapat banyak dalamsumber protein makanan kita seperti daging, organ dalaman dan makanan laut. Makanan lain juga boelh menyebabkan tahap asid urik yang lebih tinggi, seperti minuman beralkohol terutama bir dan minuman manis dengan gula buah-buahan(fruktosa).

Biasanya asid urik akan larut dalam darah dan akan dibuang setelah melalui buah pinggang dan dikeluarkan bersama air kencing.

Tetapi kadang-kadang tubuh kita menghasilkan terlalu banyak asid urik atau buah pinggang kita tidak berfungsi dengan baik dan hanya dapat mengeluarkan asid urik dengan kadar yang telalu sedikit.

Apabila ini berlaku, asid urik boleh berkumpul dan membentuk kristal tajam, sehingga menyebabkan kesakitan, radang dan bengkak sendi.

Individu yang berisiko mendapat Gout atau mendapat serangan Gout yang berulang kali
seorang individu lebih mudah untuk mendapat serangan gout jika mempunyai tahap asid uric di dalam badan yang tinggi.

Faktor-faktor yang meningkatkan tahap asid urik di dalam badan termasuk:
  1. PEMAKANAN : Pemakanan yang mempunyai kandungan daging dan makanan laut yang tinggi dan minuman manis yang mempunyai banyak gula buah-buahan (fruktosa) boleh menyebabkan tahap yang lebih tinggi asid urik, secara tidak langsung meningkatkan risiko serangan Gout.
  2. OBESITI : Jika seseorang individu itu mempunyai berat badan berlebihan, badannya akan menghasilkan lebih banyak asid urik dan buah pinggang terpaksa mengambil masa lama untuk mengeluarkan asid urik melalui air kencing, maka ini akan meningkatkan risiko serangan sakit gout.
  3. PENYAKIT KRONIK : Penyakit kronik tertentu yang dihidapi oleh seorang individu itu menjadikannya lebih mungkin mendapat serangan sakit gout. antaranya ialah penyakit darah tinggi, penyakit kencing manis, jantung dan buah pinggang.
  4. UBAT-UBATAN TERTENTU : Pesakit yang menggunakan Diuretik Thiazide - biasanya digunakan untuk merawat tekanan darah tinggi dan aspirin dos rendah juga boleh meningkatkan tahap asid urik.
  5. FAKTOR UMUR DAN JANTINA : Pesakit gout lebih kerap berlaku di kalangan golongan lelaki dan wanita selalunya mempunyai tahap asid urik yang lebih rendah. Bagaimanapun fasa menopaus wanita mempunyai tahap asid urik yang menyamai lelaki. Lelaki lebih cenderung untuk mendapat penyakit gout lebih awal - biasanya antara umur 30-50 sementara wanita selalunya mendapat penyakit selepas menopaus.
  6. PEMBEDAHAN BARU-BARU INI ATAU TRAUMA : Mengalami pembedahan baru-baru ini atau trauma telah dikaitka dengan peningkatan risiko menghidap gout.
  7. JIKA SEORANG INDIVIDU BARU MENJALANI PEMBEDAHAN BESAR ATAU MENGALAMI KECEDERAAN AKIBAT TRAUMA : contoh kemalangan jalan raya akan meninggikan kandungan asid urik dalam tubuh seterusnya meninggikan risiko untuk mendapat serangan gout.





Sumber :  Klinik FB Dr. Zubaidi

PROMOSI VIVIX