sebelum itu, LELEHAN FARAJ YANG LEBIH BANYAK daripada biasa adalah normal bagi wanita hamil. lelehan yang sihat bersifat CAIR dan berwarna seperti SUSU.
Tetapi jika anda mengalami keputihan seperti :
- Lelehan itu menjadi pekat, berwarna putih seperti krim atau keju kotej
- Terdapat kegatalan, sakit atau warna kemerah-merahan di dalam atau sekeliling faraj atau punggung anda
- Sakit bila bersama suami
- Sakit apabila membuang air kecil.
Tertanya-tanya kenapa anda boleh mengalami keputihan??
Jangkitan pada bahagian faraj agak biasa berlaku semasa hamil. Keputihan diakibatkan oleh kulat mikroskopik atau yis yang dipanggil candida albicans.
Kulat ini ada dalam badan setiap orang. Ia merupakan sebahagian daripada sistem penghadaman kita dan secara umumnya, bakteria dalam badan mengawalnya. Biasanya ia hidup dalam faraj tanpa memudaratkan dan anda mungkin tidak tahu ia berada dalam badan anda.
Namun ia menjadi satu masalah apabila terdapat ketidakseimbangan di antara jumlah kulat yis dan mikro-organisme lain dalam badan kita. Anda lebih berkemungkinan mengalami keputihan jika:
- Anda hamil. Semasa hamil, faraj kita mengandungi gula yang tinggi yang dipanggil glikogen, dan ini menggalakkan pertumbuhan kulat.
- Anda memakai pakaian yang ketat atau yang diperbuat daripada bahan sintetik, seperti seluar jeans atau seluar dalam daripada nilon. Pakaian seperti ini panas dan menghalang peredaran angin, lantas menggalakkan pertumbuhan keputihan.
- Anda menggunakan mandian buih berwangian atau pelapik seluar dalam beraroma yang mungkin menyebabkan ketidakselesaan.
- Anda mengambil antibiotik. Antibiotik boleh mengganggu keseimbangan di antara mikro-organisme baik dan jahat yang tinggal di dalam perut anda.
- Anda mengalami kencing manis atau diabetis gestasi yang tidak dikawal dengan baik.
Walaupun keputihan tidak dikategorikan sebagai penyakit yang berjangkit melalui hubungan seksual, anda boleh mengalaminya jika suami anda mengalaminya.
PETUA TRADISIONAL UNTUK RAWATAN KEPUTIHAN : (petua dari mak saya)
- Rebus beberapa helai daun sirih dan biarkan suam2 selepas itu basuhlah miss v anda.
- Letak kan garam ke dalam air yang suam2 selepas itu boleh digunakan untuk membasuh miss v
- Banyakkan makan BAWANG PUTIH, campurkan dalam masakan pun boleh.
- Pakai seluar dalam kapas, seluar panjang longgar atau kain
- jangan berendam dalam mandian panas terlalu lama kerani ini menyediakan persekitaran yang hangat dan lembap yang sangat sesuai untuk pembiakan kulat. jangan gunakan mandian buih yang mempunyai wangian juga.
- Lap punggung hingga ke bahagian hadapan sehingga benar-benar kering selepas anda ke tandas
- pastikan faraj anda tidak kering sebelum bersama suami.